Saturday, February 26, 2011

PILIHANRAYA KAMPUS (PRK) 2011

Asslammualaikum semua....

Izinkan saya untuk pertama kalinya berbicara dalam Bahasa Kebangsaan kita, Bahasa Malaysia. Seperti yang diketahui semua, saya merupakan salah seorang calon Jawatankuasa Perwakilan  Pelajar 2011/2012. Di sini saya bukan ingin berkempen kerana hakikatnya saya telah kalah dalam pilihanraya ini. Namun apa yang ingin saya utarakan adalah pengalaman dan keperitan untuk menjadikan seorang pemimpin bukannya tugas yang mudah. Saya tidak menyesal malah semakin rasa bersyukur kerana Allah memberi saya kudrat dan masa untuk saya merasai semua proses yang pada mulanya saya kira sangat mudah.

Elok kiranya saya mulakan dengan hari pengambilan borang pencalonan. Entah di mana datangnya kekuatan untuk mengambil borang ini. Niat saya hanya satu. 'Jika diizinkan Allah, akan saya tunaikan sebaik mungkin'. Dengan perasaan yang agak gementar, memikirkan risiko dan natijahnya keputusan yang bakal saya ambil ini, saya kira saya telah mencabar keupayaan diri saya dari segi mental dan fizikal semaksima mungkin. ini adalah keputusan yang sangat besar. Malahan tiada siapa yang mengetahuinya melainkan rakan rapat saya.

Setalah borang dihantar, untuk kesekian kalinya, hati ini dilanda gemuruh. Apakah saya sudah sedia secara keseluruhannya? Pelbagai persoalan yang bermain di minda. Saya adalah seorang wanita! Layakkah saya memimpin? Apabila mendengar bait-bait lirik:
"Tangan yang disangka lembut menghayun buaian, Mengoncang dunia mencipta sejarah"
Namun takdir Allah telah membenarkan saya untuk sama-sama menyertai barisan calon walaupun pada perkiraan saya tidak sangka saya boleh sampai ke tahap ini. Alhamdullah. Kegelisahan melanda sekali lagi apabila diri ini tidak tahu apa yang harus dibuat. Namun Allah datangkan kepada saya kakak-kakak dan abang-abang MPP yang tidak lokek menyampaikan ilmu dan nasihat. Saya sangat terhutang budi kepada mereka. Maklum sajalah, ini merupakan kali pertama saya menghadapi saat-saat genting. kemudiannya, dikurniakan pula rakan-rakan yang sangat baik hati untuk menolong menampal dan menggantung poster pada hari Ahad di mana sepatutnya mereka meluangkan masa bersama keluarga.

Disebabkan hari berkempen yang sangat singkat, di mana saya cuma ada masa sehari untuk memperkenalkan diri. Malangnya pada hari tersebut, saya terpaksa dihantar bermesyuarat di luar kawasan kampus. Di sini saya ingin mengutarakan satu persoalan.

"Yang manakah lebih penting? Debat untuk sekadar memperkenalkan diri ataupun tugasan sebagai wakil kelas yang dikehendaki bermesyuarat di luar kawasan kampus?" 
Saya dengan rela hati sanggup untuk pergi bermesyuarat. Pertama sekali ini adalah kehendak saya sendiri di mana saya merasakan tanggungjawab saya lebih besar daripada saya mempromosikan diri sekadar untuk dikenali dan memenangi kerusi yang ditawarkan. Keduanya, kekangan masa antara kelas dan mesyuarat di mana saya datang seawal 8.00 pagi untuk menghadiri kelas dan seterusnya berurusan dengan pejabat. Sesampainya di fakulti, sudah melewati waktu pembelajaran. Ketiga, bukan kemenangan yang saya cari tetapi keredhaan dan keberkatan semua pihak. Rezeki saya serahkan sebulatnya kepada Allah Taala. Saya sama sekali tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana setiap yang berlaku pasti ada alasannya.

Kini tiba pula hari membuang undi. Agak gementar tetapi saya kuatkan semangat.  Segalanya saya serahkan pada takdir kerana hari ini sudah tidak boleh berkempen lagi. Apa yang boleh dilakukan adalah redha. Jadual kelas yang sangat penuh hanya mampu berdoa agar semuanya berjalan lancar. Saya sangat bersyukur di mana Kampus ini tidak seperti kampus yang lain di mana berlaku protes, pembakaran, demonstrasi dan sebagainya seperti di universiti lain.

Pada malamnya pula, debaran kian memuncak apabila keputusan bakal diumumkan. Namun apakan daya, saya terpaksa meyaksikan sendiri keputusan kerana wakil calon saya ade hal keluarga yang tidak boleh dielakkan. Mengetahui keputusan diri yang kerdil ini tersingkir lebih awal dari 6 calon yang lain adalah sesuatu yang sangat berat. Saya memaksa diri untuk berfikir positif. Mungkin Allah ingin saya lebih kepada bidang yang lain. Setinggi-tinggi tahniah kepada 2 orang rakan fakulti di mana mereka adalah lelaki yang saya kira lebih elok memimpin dari saya seorang wanita ini. Namun, hati ini tetap menegakkan bahawa perjuangan ini belum berakhir di sini! Masih panjang lagi perjalanan dan perjuangan saya.

Namun begitu, saya amat terkilan dengan sikap sesetengah pelajar yang memisahkan pentadbiran dan pelajar. Walhal, tanpa kedua-dua ini, maka universiti itu tidak akan wujud dan mampu bertahan sehingga peringkat yang tinggi. Mengapakah harus membelahbagikan akal mereka yang sepatutnya dipenuhi dengan ilmu bermanfaat dan untuk kegunaan masa hadapan demi perjuangan politik yang tiada tujuan. Bukankah kita sebagai pelajar perlu menyokong para pemimpin yang telah dilantik dan bukannya menindas mereka dari belakang. Mengapa perlu tikam mereka dari belakang sedangkan anda sebagai pelajar boleh menyuarakan isi hati anda kepada pemimpin-pemimpin anda ini. Pelbagai kaedah boleh dilakukan selain dari bertemu empat mata. Fikirkan lah... Anda adalah pemimpin untuk diri anda sendiri. Pemimpin yang baik bukan sahaja boleh memimpin orang lain tetapi juga boleh DIPIMPIN oleh orang lain.

Salam kasih dan sayang. Wassalam

Tuesday, February 8, 2011

I shouldn't start it again~

am i sooo bad???
am i not deserve for being happy??
am i???

why am i here..
stand by ur side such a pain
for juz happiness,
am i must face diz problem badly???

unfair treatment...
unfair judgement...
i juz dont understand...

but still i'm here..
standing beside u..
still n forever~